Saturday, April 25, 2009

kuliah 1(pengenalan kursus dan konsep kajian tindakan)

konsep kajian tindakan

kajian merupakan satu proses yang merangkumi langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu tajuk atau topik.Ia mengandungi langkah-langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi hasil daripada dapatan kajian. Usaha ini dilaksanakan bagi tujuan pembaikan cara kerja, menambah kefahaman baru serta meningkatkan profesionalisme perguruan. Ia juga boleh diistilahkan sebgaai poenyelidikan.

proses kajian secara umum

1. Mengenalpasti permasalahan kajian
2. melihat dan meneliti kajian kepustakaan
3. menentukan pendekatan kajian yang perlu diambil mengikut permasalahan yang berlaku
4. mengumpul dan menganalisis data
5. membincangkan dapatan dan implikasi kajian
6. melaporkan dapatan kajian/hasil kajian yang dijalankan

LANGKAH-LANGKAH KAJIAN TINDAKAN IALAH:
1. Ia terbentuk sebagai sebuah kitaran/gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah seperti iaitu melalui beberapa kitaran seperti:
  • kitaran 1 seperti merancang "a", bertindak "a", memerhati "a" mereflek.
  • kitaran 2 seperti merancang "a" bertindak "a" memerhati"a" mereflek.

kitaran-kitaran ini sentiasa bergerak membentuk gelungan dalam mencapai kajian tindakan.

Jenis-jenis kajian tindakan

1. individu

kajian yang melibatkan permasalahan atau isu dalam kelasnya sahaja dan bukannya meliputi ruang lingkup yang luas.

2. kumpulan

kajian yang dilakukan secara kolaboratif iaitu ianya melibatkan permasalahan dalam beberapa kelas yang sama yang mempunyai masalah yang sama. ianya boleh dibaiki atau menambahbaikkan secara berkumpulan untuk mencapai matlamat yang sama.

3. Sekolah

kajian tindakan yang dilakukan ialah isu yang lebih luas yang melibatkan masalah yang mencakupi sekolah.

4. Daerah

kajian tindakan yang dilakukan melalui isu masalah yang mencakupi ruang yang lebih luas yang merangkumi sturktur organisasi sesebuah daerah.

Contoh kajian tindakan:

contohnya guru membuat kajian mengenai " masalah penulisan dan pembacaan jawi di kalangan pelajar". Guru mendapati bahawa terdapat permasalahan yang timbul di kalangan pelajar di mana mereka kurang menguasai penulisan dan pembacaan jawi disebabkan kurangnya poendedahan dalam subjek atau mata pelajaran. Apa yang dapat dikenalpasti permasalahan ialah guru sendiri kurang memberi pendedahan tulisan dan bacaan jawi dalm bilik darjah dan hanya mempfokuskan kepada tulisan rumi. Contohnya di sekolah menengah biasa, yang mana pendidikan Islam hanya diajar dalam bahasa rumi yang mudah difahami oleh pelajar. Namun begitu, permasalahan yang timbul ialah pelajar tidak cuba untuk menguasai tulisan jawi dengan sepenuhnya. Hal ini menyebabkan tulisan jawi semakin dilupakan dan tidak dianggap pentinmg kepada pelajar.

Daripada permasalahan kajian ini, guru boleh mengambil langkah-langkah sesuai dan berkesan bagi mengatasi permasalahan ini bagi meningkatkan tahap kemahiran ke arah pembaikkan dan le arah yang lebih baik. Kemudiannya guru mencuba beberapa cara untuk mengatasi permasalahan ini bagi menaikkan minat pelajar terhadap tulisan dan pembacaan jawi. Contohnya, mengadakan pertandingan menulis cerita, sajak atau dialog dalam tulisan jawi yang mana meningkatkan lagi kefahaman mereka betapa [pentingnya tulisan jawi. Guru juga mencuba pelbagai langkah-langkah dan mencari insiatif yang terbaik bagi permasalahan tersebut dan merancang apa yang perlu dibuat.

Seterusnya guru membuat pemerhatian daripada apa yang telah dikaji iaitu bagaimana tindakbalas yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut. Setelah selesai hasil daripada pemerhatian yang dibuat daripada data dan analisis yang diperolehi, guru membuat refleksi hasil dapatan yang telah dibuat untuk mengentahui keberkesanannya. Pelbagai langkah dilakukan bagi menyelesaikan, menambaikkan supaya menjadi lebih baik. Satu demi langkah diambil bagi mengetahui keberkesannnya. Sekiranya tidak berjaya, guru mencuba langkah yang lain pula dan kemudiannya guru mebuat refleksi hasil kajian tersebut.

Langkah demi langkah perlu dititberatkan supaya objektif kajian dapat dicapai dan dalam proses memperbaiki sesuatu permasalaham supaya menjadi lebih baik. Kajian tindakan ini ialah usaha yang dilakukan oleh guru bagi proses perubahan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. guru cuba menyelesaikan permasalahan timbul dan berupaya nmenangani permasalahan pelajar-pelajar tidak kira dalam pebgajaran dan pembelajaran atau di luar pembelajaran di sekolah.

(SETAKAT INI DAHULU MAMPU DIBUAT, SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN HARAP DIMAAFKAN)

No comments:

Post a Comment