Thursday, April 30, 2009

KULIAH 2 ( REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN)

KULIAH 2:
Dalam proses melakukan kajian tindakan, terdapat reka bentuk yang terdiri daripada:
1) Plan(merancang)
2) Act (bertindak)
3) Observe ( memerhati)
4) Reflect ( membuat refleksi)
reflect
reflect
observe
Act
plan



Dalam satu gelungan atau kitaran ini, seseorang pengkaji akan cuba menangani permasalahan yang dihadapi dengan mengambil kira langkah-langkah berikut. Segala permasalahan megambil kira aspek merancang, bertindak, memerhati dan kemudian membuat refleksi. Sekiranya permasalahan tidak terdapat perubahan, kitaran tersebut perlu diulang-ulang atau mencuba lagi sehingga ia mencapai objektif atau kejayaan. Kitaran ini perlu dilakukan secara berterusan untuk melihat keberkesanan kajian. Kajian ini dilakukan berurutan dalam bentuk gelungan sehingga masalah yang dihadapi mencapai penambahbaikan dan dapat diatasi.

AKTIVITI 1:
Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru
Masalah yang dihadapi:
· Perasaan malu yang timbul dalam diri. Malu untuk tampil ke hadapan dan menyuarakan pendapat.
· Kurang yakin dengan kemampuan dan kebolehan diri sendiri
· Timbulnya perasaan takut. Contohnya, sewaktu melakukan night camp yang bagi saya, satu yang amat menakutkan dalam keadaan gelap dan berda dalam hutan. Saya selalu terbayangkan sesuatu yang bukan-bukan seperti terdapat binatang-binatang seperti ular, pacat, kala jengking dan lain-lain.
· Kurang menepati masa
· Kurang sikap kepimpinan dalam diri.

PENAMBAHBAIKAN
· Perlu mengurangkan perasaan malu iaitu hendaklah malu pada tempatnya.
· Perlu berfikiran positif bahawa setiapa permasalahan terdapat jalan penyelesaiannya.
· Perlu memberanikan diri berucap atau berada dikhlayak ramai/ awam.
· Memotivasikan diri bahawa saya boleh melakukan. Sekiranya orang lain boleh melakukan, kenapa saya tidak boleh melakukan. Ia memberi saya kekuatan dalam menyahut cabaran yang diberi.
MATLAMAT (UMUM)
· Membentuk sakhsiah guru yang cemerlang dan versetail.
· Menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
· Memupuk semangat setiakawan/ kooperatif dalam kumpulan.
· Membentuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri.

OBJEKTIF:
· Memperbaiki kelemahan diri dan mencari kekuatan disebalik kelemahan.
· Membina dan menguji ketahanan mental dan fizikal.
· Membina peribadi guru yang baik dan berkesan.
· Memberikan penekanan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PELAN TINDAKAN:
Langkah-langkah yang perlu diambil:
1. Mengenalpasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi atau kelemahan diri.
2. Membuat perancangan apa yang perlu diperbaiki. Mencari kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam diri.
3. Mengambil tindakan apa yang perlu dilakukan. Contohnya perlu muhasabah diri untuk mencari hikmah dan jalan penyelesaian. Ia juga boleh dilakukan dengan bertanya kepada orang lain seperti rakan karib, orang yang boleh dipercayai dan sebagainya.
4. Membuat refleksi diri sendiri sama ada terdapat penambaikan atau perubahan daripada masalah yang dihadapi.

Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data?
1. Saya akan membuat satu kaji selidik untuk diri saya untuk diedarkan kepada rakan-rakan atau orang yang mengenali saya
2. Mereka membuat penilaian ke atas diri saya sama ada dari segi kekuatan dan kelemahan yang dapat dilihat dalam diri saya.
3. Kemudian saya membuat analisis dari borang kaji selidik yang telah saya buat.
4. Saya membincangkan dapatan kajian yang saya perolehi dan mengambil kira implikasi kajian.
5. Daripada data tersebut, saya dapat mengentahui kekuatan dan kelemahan diri saya serta saya perlu memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri serta mencari inisiatif bagi permasalahan yang dihadapi.
6. Saya membuat laporan tentang kajian yang telah saya lakukan sama ada ia mencapai objektif atau matlamat yang hendak dicapai dan adakah ia mengalami penambahbaikan atau berlaku perubahan kepada yang lebih baik.
Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan?
Saya akan sentiasa membuat nota di dinding apa yang perlu dilakukan dan juga meletakkan kata-kata motivasi yang boleh mendorong ke arah yang lenih baik. Selain itu, sokongan ibu bapa dan orang sekeliling yang memberi kekuatan dalam diri saya.

Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai objektif?
Apa yang perlu saya lakukan ialah saya mestilah istiqamah terhadapa apa yang saya lakukan. Saya mestilah mempunyai keazaman yang tinggi untuk merubah kelemahan yang terdapat dalam diri saya. Saya juga perlu menetapkan target tertentu supaya apa yang dirancang mencapai objektif atau matlamat dan saya juga mendapat kepuasan hasil usha yang telah sya lakukan untuk melihat perubahan ke arah positif. Saya juga membuat tindak balas daripada kajian yang dibuat.





AKTIVITI 2:
· Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama ( satu kumpulan terdiri daripada 3 orang: lantik ketua, pembentang, pencatat)
· Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar- refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk. Cadangkan 1 strategi/ kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.
Masalah:
Kelemahan pelajar dalam penguasaan tulisan dan bacaan jawi.

Penambahbaikan:
v Murid dapat membaca tulisan jawi dengan betul dan lancer.
v Murid dapat menulis tulisan jawi dengan betul.
v Murid boleh membaca tanpa menggunakan baris.
v Murid boleh mengaplikasikan tulisan jawi dalam proses pembelajaran dan kehidupan seharian.
Strategi/kaedah pengajaran:
v Kaedah simulasi
v Langgan dan baca suratkhabar/artikel tulisan jawi.
v Mencari dan mengumpul artikel dalam tulisan jawi. Contohnya: cikgu pilih secara rawak, pelajar baca tulisan jawi.
v Guru Pendidikan Islam mengguanak teknik tulisan jawi dalam pembelajaran.
v Murid membuat nota dalam tulisan jawi.
v Guru dan murid mereka pantun dan sajak dalam tulisan jawi.
v Memberi imbuhan/ ganjaran kepada pelajar yang Berjaya menguasai tulisan jawi dengan baik.

No comments:

Post a Comment