Sunday, May 31, 2009

kuliah minggu ke-6

Aktiviti 1

Jawab soalan-soalan yang diberi di atas kertas A4:

Nama dan No Matrik
Major/Minor DPLI
Alamat
Status

Mengapa ingin menjadi cikgu?
Guru yang paling disukai dan kenapa?
Guru yang paling dibenci dan kenapa?
Apakah tugas guru? (berkongsi pengetahuan dengan pelajar)
Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir

Aktiviti 2

Kami diarahkan untuk mencari pasangan dan membuat satu tugasan kerja serta bentangkannya dihadapan kelas mengenai mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban.

Tajuk : Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK) dari persepsi ibu bapa : satu evaluasi eksistensi SABK.
Pembentang : Azharuddin Sahil Selari 1B Sri Merbau
Masa : 11.30-11.50am

Aktiviti 3

Kami perlu membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar berlainan bangsa dan pengkhususan.Seterusnya kami perlu memikirkan satu tajuk proposal serta membuatnya dengan lengkap.Tarikh hantar: 28 / 6 / 2009

Ahli Kumpulan:

TENGKU MOHD HAMDAN BIN TENGKU IBRAHIM P48679
SITI SARA BINTI ABDUL RAHMAN P48633
SITI FATIMAH BINTI ARIFFIN P48612
ZAINUN BINTI YASSIN P48719
NURHUDA BINTI YAZID P48570


]Tajuk yang dipilih: Meningkatkan minat dan kefahaman pelajar melalui pengajaran & pembelajaran luar bilik darjah (zoo) bagi subjek Biologi (spesies terancam).

Tujuan:
Meningkatkan minat pelajar untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran topik ini seterusnya menambahbaik prestasi pelajar dalam subjek biologi (spesies terancam).

Penyataan masalah:
1. Pembelajaran biologi (spesies terancam) dalam bilik darjah kurang menarik minat pelajar sekiranya dijalankan dengan teknik kuliah.
2. Suasana bilik darjah yang kurang kondusif, terlalu biasa dan mengehadkan aktiviti pembelajaran secara aktif
3. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran Biologi yang dikatakan membosankan

Objektif:
1. Setiap pelajar boleh berkongsi pendapat/idea/pandangan berkaitan topik spesies terancam dalam subjek Biologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Pelajar dapat memberi penyelesaian terhadap permasalahan yang ditimbulkan dalam topik tersebut.
3. Pelajar boleh mengolah semula dan menyampaikan isi pengajaran bagi topik ini



Metodologi kajian:

Kitaran 1:

Merancang
- Mengetahui pandangan pelajar mengenai topik tersebut.
- Guru mengenalpasti kelemahan guru dalam pengajaran subjek tersebut.
- Guru mengenalpasti kelemahan alat bantu mengajar bagi topik ini.
- Guru mengenalpasti kelebihan dan kelemahan bilik darjah sebagai tempat pembelajaran.

Bertindak dan Pemerhatian
- Memberikan borang soal selidik kepada pelajar
- Membuat refleksi kendiri terhadap cara pengajaran.
- Melakukan temubual, soalselidik, penilaian sendiri mengenai ABM tersebut.
- Soal selidik, temubual kepada pelajar, soal selidik, temubual kepada guru-guru, penilaian terhadap bilik darjah.

Merefleks
- Data maklumat pemerhatian dianalisis dan masalah utama dikenalpasti
- Maklumat refleksi dikongsi bersama guru-guru lain dalam mesyuarat kemudian meminta pandangan, cadangan atau masalah baru daripada guru-guru.

Kitaran 2:

Merancang
- Menentukan apa yang hendak dilakukan terhadap permasalahan hasil refleksi kitaran 1. Menyenaraikan tindakan-tindakan yang hendak dilakukan seperti tempat, masa, isi kandungan pengajaran ,aktiviti semasa proses P&P.

Bertindak dan pemerhatian
- Menjalankan tindakan-tindakan yang dirancang.
- Menyediakan rancangan pengajaran

Mereflek
- Guru berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan(bagaimana menjalankan tindakan-tindakan/P&P di luar bilik darjah)
- Menilai dan memperbaiki Rancangan Pengajaran




Kitaran 3:

Merancang
- Guru melaksanakan rancangan pengajaran dalam P & P pada masa yang ditentukan.

Bertindak dan pemerhatian
- Guru melaksanakan Rancangan Pengajaran, membuat pemerhatian terhadap tindakbalas pelajar( mengumpul maklumat)

Mereflek
- Guru menganalisis dan menilai hasil pemerhatian.
- Merancang aktiviti tindakan seterusnya.

Catatan:
- Kitaran 1 dan 2 hanya melibatkan proses persediaan, manakala kitaran 3 dan seterusnya adalah melibatkan pelaksanaan pengajaran.
-

Kepentingan Kajian:


- Kajian ini amat penting untuk menangani masalah mengenai kaedah dan suasana pembelajaran yang kurang menarik.
- Mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran subjek Biologi yang dianggap kurang menarik.
- Hasil pembelajaran boleh dikongsi bersama guru-guru yang mengajar subjek yang lain.
- Meningkatkan motivasi dan ekstem kendiri guru dan pelajar.
- Memperkasakan guru Biologi di sekolah.

Sunday, May 24, 2009

ACTION RESEARCH JOURNAL

Tarikh hantar : 26 Mei 2009

Tugasan:
Dapatkan 3 artikel jurnal (luar negara) berkenaan kajian tindakan dalam pendidikan


Lakukan :
Perbandingan (persamaan & perbezaan)
Penganalisisan, penilaian,
Rumusan & sintesis


Dari segi :
sampel
seting
prosedur kajian tindakan
pengumpulan & penganalisisan data


tajuk jurnal:
1) Postgraduate coursework in Australia: issues emerging from university and industry collaboration (H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor)
2) Tales from the frontline: The experiences of early childhood practitioners working with an ‘embedded’ research team( Sandie Wong)
3) Development of Transdisciplinarity Among Students Placed with a Sustainability for Health Research Project( Fadya Orozco and Donald C. Cole)
dalam ketiga-ketiga jurnal ini, terdapat:
i) persamaan
- dari sudut instrumen yang digunakan iaitu menggunakan pengalaman,kajian kes dalam penyelidikan mereka. Ia memfokuskan kepada kajian dalam pendidikan yang telah dijalankan. Ianya dilakukan untuk mengenalpasti masalah permasalahan kajian dan tujuan kajian yang dilakukan untuk penambahbaikan dalam penyelidikan.
ii) perbezaan
- jurnal yang pertama menceritakan mengenai kursus lepasa ijazah di Australia:isu-isu yang baru muncul daripada universiti dan juga kolaborasi industri.
-jurnal yang kedua pula berkaitan dengan pengalaman-pengalaman partisipan pendidikan awal kanak-kanak yang bekerja dengan pasukan penyelidikan.
-jurnal yang ketiga pula ialah Pembangunan Transdisciplinarity di kalangan pelajar Diletakkan dengan satu Sustainability(lanjutan) bagi projek penyelidikan kesihatan.
sampel
- jurnal 1:kajian yang diutarakan oleh H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor melibatkan mahasiswa-mahasiswa universiti lepasan ijazah untuk meneroka bidang yang kedua.
jurnal 2:kajian Sandie Wong pula melibatkan kanak-kanak,keluarga-keluarga yang tinggal di Australia,participant termasuk juga pasukan penyelidik yang menjalankan kajian.
jurnal 3: Kajian Fadya Orozco and Donald C.Cole pula terdiri daripada pelajar-pelajar yang berbeza displin/bidang untuk projek penyelidikan kesihatan(6 orang pelajar mahasiswa)
Setting
- Kajian H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor dilakukan di universiti Australia,sekitar kawasan Australia. Kajian Sandie Wong pula di Australia juga. Kajian Fadya Orozco and Donald C.Cole pula di universiti, Projek Penyelidikan Kesihatan Di Ekuador, kanada.
Prosedur Kajian Tindakan
- Menurut kajian H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor adalah menkaji berkenaan dengan isu-isu pelajar-pelajar lepasan ijazah dan memberi perhatian kepada cabaran masa depan para pelajar dan faedah yang diperolehi sekiranya pelajar-pelajar mengikuti kursus lepasan ijazah sebagai tumpuan kedua. Ia adalah berlainan dengan kursus asal dan munculnya pendidikan baru yang berbeza dengan persekitaran pembelajaran pelajar. Pengkaji mengenalpasti masalah kajian iaitu kekurangan tenaga pekerja dalam sektor tertentu. Contohnya Australia mengalami kekurangan tenaga berkemahiran dalam sektor kejuruteraan sains dan teknologi, dan memerlukan keperluan tenaga pekerja segera dalam industri-industri orang Australia terutama dalam ekonomi pertanian seperti pengeluaran haiwan. Antara perancangan yang dibuat adalah dengan melaksanakan satu program lepasan ijazah iaitu di bawah program pembiakan haiwan dan revelen dengan profesional serta bermanfaat dalam beberapa bidang ekonomi Australia.

kajian Sandie Wong pula ialah mengenalpasti masalah nak hendak dikaji, mengatur langkah-langkah untuk membuat kajian sama ada latihan penyelidikan seperti penyelidikan luar, penyelidikan dalaman dan memfokuskan apa yang hendak dikaji. Ia juga menggunakan beberapa strategi dan kaedah penyelidikan seperti kajian kolaboratif atau kajian berkumpulan dan juga metod kajian yang dilakukan.

Kajian Fadya Orozco dan Donald C.Cole juga memfokuskan kepada permasalahan kajian, membuat perancangan bagi penambaikan kajian.Tujuan penyelidikan trandisplinary ialah untuk memahami kerumitan masalah-masalah dari segi konteks sosial mereka supaya penyelesaian mereka boleh menyumbang kepada pembangunan lestari. penkaji mencari maklumat atau sumber-sumber yang pelbagai untuk membentuk pengajian transdisplinary untuk tema dalam kajian. Terdapat metod-metod kajian yang dijalankan seperti projek Ecosalud dan juga membuat analisis dan kemudiannya mendapat keputusan hasil daripada kajian yang dibuat.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

kajian H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor membuat pengumpulan data melalui data kuantatif, kaji selidik, temubual, laporan-laporan statistik,pemerhatian.

Manakala kajian Sandie Wong membuat pengumpulan data melalui kaji selidik atau penyelidikan luar dan dalam, melalui partisipan penyelidikan dan penyelidikan kolaborasi.

Kajian Fadya Orozco dan Donald C.Cole mengumpul data melalui temubual,kaji selidik, melalui kertas kerja .

Analisa Data

- jurnal 1:H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor membuat analisa data kualitatif.

example, reportedly 1 year showed an increase of as much as 50% of the number of postgraduate courses offered in Australian universities, in the early 1990s (McInnis et al. 1995, p. 4). Statistical reports show an increase of 119% in commencing enrolments between 1993 and 2003 (DEST 2006)

jurnal 2:Sandie Wong pula membuat analisa data kualitatif. Ia juga menjalankan analisa data melalui penyelidikan luaran dan dalaman, penyelidikan kolaboratif,

jurnal 3: Fadya Orozco dan Donalg C.Cole membuat analisa data melalui pemerhatian, nota-nota lapangan, partisipan, temubual-temubual yang dilakukan secara mendalam. Faktor-faktor utama yang memudahkan pengajian transdisciplinary adalah antaranya interaksi dengan pelakon-pelakon sosial, integrasi kerja dengan displin kerja yang lain, menggunakan teknik penyelidikan.

For example, while Spain invests 2.8% of its national budget in scientific and technological development and almost 5.8 researchers are active for every 100 members of the working population (SISE, 2006), Ecuador assigns only
0.18% of its GNP to such investments and only 1.6 researchers are active per 10,000 economically active population (SENACYT, 2005).

penilaian melalui jurnal-jurnal:

Apa yang dapat dirumuskan disini bahawa jurnal-jurnal ini merupakan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik untuk menganlpasti kelemahan dan memperbaiki permasalahan yang timbul untuk mencapai objektif atau tujuan yang lebih baik iaitu proses penambahbaikan telah wujud. Melalui kajian inilah, kita dapat mengentahui proses kajian tindakan yang telah dilakukan. Setiap kajian yang dilakukan dengan mengenalpasti permasalahan yang berlaku.Melalui kajian yang telah dibuat, ia dapat membuka minda orang ramai betapa pentingnya melakukan kajian tindakan.


Wednesday, May 13, 2009

KULIAH 4: KAJIAN KEPUSTAKAAN

Kajian Kepustakaan
-Sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku jurnal, artikel seminar dan laporan dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan. Ia memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.

Membandingkan Dan Membezakan
-Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan criteria seperti cirri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek/ peristiwa.
-Kemahiran ini digunakan apabila:
a) Terdapat dua atau lebih ciri/kemungkinan
b) Membuat pilihan atau keputusan
-Langkah penggunaan:
a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel,seting,prosedur,pengumpulan dan penganalisisan data)
b) Kenal pasti cirri kajian tindakan itu.

Menganalisis
-Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep/peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
-Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian serta mengenali prinsip yang terlibat.
-Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa cirri kemahiran berfikir.


Menilai
-Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti/dalil yang sah.
-Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
a) Memilih sesuatu
b) Menerima atau menolak sesuatu idea


Membuat keputusan
-Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
-Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu dan lain-lain.



Mensintesis
-Menggabungkan idea,unsur,item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan,esei, lukisan dan artifak.

















Nama pengarang: Davydd J. Greenwood, Morten Levin


Tahun terbitan: 2007


Tajuk Buku: Introduction to Action Research 2nd Edition, Social Research For


Social Change.


Negeri Penerbitan: New Delhi, India

Nama Penerbit: Sage Publications



ULASAN BUKU:



Buku ini mempunyai empat bahagian yang di dalam setiap bahagian mempunyai topik-topik kecil. Bahagian pertama mengania apa itu kajian tindakan manakala bahagian kedua pula ialah sains, epistemologi dan latihan dalam kajian tindakan. Bahagian 3 pula mengenai kepelbagaian dalam kajian tindakan praxis(liberating human Potential) dan bahagian 4 pula ialah kajian tindakan, pendidikan tinggi dan demokrasi. Buku ini sesuai untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan secara terperinci.



1. Konsep Kajian Tindakan

- Kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan sosial dalam satu kumpulan yang melibatkan penyelidik kajian professional dan juga anggota organisasi, komuniti atau rangkaian kerja yang mana ianya memperbaiki situasi sosial dan melakukan penambahbaikan amalan kerja bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
- Dalam buku ini juga menyatakan bahawa penyelidik profesional dan pemegang saham mentakrifkan bahawa kajian tindakan ialah masalah perlu dikenalpasti, mencari releven tentang pengetahuan mereka, belajar dan melaksanakan teknik penyelidikan sosial, mengambil tindakan dan mentafsirkan hasil tindakan berdasarkan apa yang telah mereka pelajari.
- Kajian tindakan ini melibatkan latihan akademik konvesional yang mana mereka cuba mempelajari masalah sosial tanpa cuba menyelesaikan permasalahan mereka dan ianya hanya menggunakan amalan yang telah sedia ada.
-Ia juga melibatkan proses merancang,bertindak,memerhati dan kemudiannya membuat refleksi mengikut kitaran supaya berlaku proses poenambahbaikan dalam pemyelidikan.

2. Mengapa Guru Perlu Membuat Kajian Tindakan

- Guru perlu membuat kajian tindakan adalah untuk mengelakkan amalan kerja yang sama yang tidak mempunyai penambahbaikan dan ianya perlu untuk meningkatkan kefahaman, pengentahuan dan pengalaman professional guru.
- Ianya perlu untuk mencapai matlamat-matlamat yang berkaitan dengan pendidikan.
- Guru mendapat faedah sekiranya melaksanakan kajian tindakan iaitu mendapat maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran dan pembelajaran, keadaan sosial yang berlaku sekeliling dan sebagainya.
- Untuk mencapai objektif yang diinginkan, mereka perlu memahami,mengubah dan memperbaiki amalan kendiri dengan melakukan kajian tindakan.
- Merapatkan hubungan guru yang terlibat melalui semangat kooperatif dan kolaborasi.
Menurut buku ini menyatakan bahawa pengalaman dengan pelajar universiti dan pekerja mahir menemukan mereka dengan sesuatu subjek dalam pertama kali. Pada pengalaman penyelidik ini mengatakan bahawa pelajar dan dan pekerja novis umumnya kurang mengimbangi cara belajar mengenai pelbagai punca permasalahan,teori, metod, motif dan juga berlakunya masalah pergaulan dengan rakan sejawat dalam bidang yang dikatakan agak sukar. Inilah dikatakan kenapa kajian tindakan itu penting kerana ia boleh menambahbaikkan apa yang kurang untuk mencapai amalan kerja yang lebih baik.

Menurut buku ini lagi, Kajian tindakan boleh didapati dalam agensi perkhidmatan sosial, badan bukan kerajaan, agensi pembangunan antarabangsa, jabatan perancangan, komunikasi, perkhidmatan sosial dan lain-lain lagi. Mereka mahu pembaca memahami apa yang perlu diikuti dan perlu dibuat bukannya displin kaji selidik yang dibuat. Ianya adalah untuk merubah demokratik sosial yang membawa perubahan yang baik. Tujuannya juga adalah untuk meningkatkan abiliti keterlibatan dalam komuniti yang sesuai dengan persekitaran.

3. Reka Bentuk Kajian Tindakan

1) Model














Ini merupakan model yang dipanggil” The Cogenerative Action Research Model”. Menurut model ini, Kajian tindakan boleh dikatakan sebagai satu proses yang mengandungi sekurang-kurangnya dua analisis yang mempuntai fasa yang berbeza-beza. Yang pertama melibatkan penjelasan satu soalan kajian awal manakala yang kedua pulan adalah melibatkan permulaan dan kesinambungan satu perubahan sosial juga proses pembinaan makna. Ini tidak bermakna bahawa proses menentukan permasalahan tidak pernah mempunyai pengakhiran tetapi ia sebenarnya merupakan petanda yang baik yang dilakukan dalam proses pembelajaran dalam kajian tindakan iaitu apabila soalan-soalan yang dibentuk mengandungi penemuan dimensi baru.

Model ini mengenalpasti dua kumpulan manusia yang utama iaitu “orang dalam” merupakan fokus utama dalam setiap kajian tindakan. Mereka ialah “empunya diri” yang bermasalah tetapi mereka bukan homogen, egalitarian ataupun apa-apa kumpulan yang unggul manakala “orang-orang luar” pula ialah para penyelidik yang professional adalah mereka yang memudahkan proses dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah dan memberi sumbangan kepada wacana saintifik.” Orang dalam” hidup secara lansung dengan sebarang perubahan keputusan dalan kajian tindakan ini manakala “orang luar” pula boleh meninggalkan atau membiarkan sahaja keputusan tersebut. Perbezaan lain lagi ialah orang dalam mempunyai pengaruh apa focus yang patut dilakukan dalam aktiviti penyelidikan.

2) Sampel/ Participant
- Para pelajar Universiti dan juga Pekerja mahir

3) Seting Kajian
-Universiti,sekolah tinggi,bilik darjah
-Tempat: Western Norway,

4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Pada pandangan mereka,terdapat enam elemen utama yang mesti wujud jika proses berkumpulan dijalankan. Antaranya ialah:

1) mencipta satu sejarah yang dikongsi dan membiarkan setiap peserta memahami bagaimana dunia dilihat mempunyai kelompok-kelompok peserta lain.

2) mencipta satu visi yang dikongsi tentang apakah masa depan yang cerah atau penyelesaian dengan memfokuskan masalah kumpulan.
3) mencipta satu pandangan apa kemungkinan yang akan terjadi pada masa depan sekiranya tiada tindakan diambil dan ianya dilaksnakan bagi masa depan yang lebih cerah.
4) mengenal pasti rancangan tindakan untuk mengenalpasti fokus masalah.
5) mencipta satu proses pengutamaan yang kolektif di mana para peserta memilih di antara rancangan tindakan alternatif.
6) kegiatan perubahan konkrit dan penstrukturan proses lanjutan yang bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat dalam pembelajaran.

antara prosedur lain ialah:

a) Apa yang perlu dilihat sebagai permasalahan kajian?

b) Apa bukti yang akan dikumpul untuk ditunjukkan berdasarkan masalah yang dikaji?

c) Apa yang akan dilihat sebagai penyelesaian?

d) Bagaimana untuk membuat penilaian berdasarkan hasil yang diperolehi?e) Apa tindakan yang perlu diambil?

f) refleksi untuk mengetahui sama ada kajian yang dilakukan mencapai matlamat atau sebaliknya.


5) PEMGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

i. Instrumen Kajian
ii. Teknik Pengumpulan Data
iii. Teknik Penganalisisan Data
iv. Etika kajian tindakan

  • Dalam buku ini, tidak terdapat etika kajian tindakan

  • Menurut buku yang ditulis oleh Alis Bin Puteh iaitu kajian tindakan di sekolah,definisi, proses dan cabaran mengatakan bahawa contoh etika kajian tindakan ialah:
    -Adalah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa kajian bahawa mana-mana bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identity ahli-ahli jawatankuasa kajiam kecuali dengan kebenaran.
    -Adalah dipersetujui bahawa pelajar-pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identity dan kerahsian bukti dan data yang telah dipungut dari mereka.
    - Adalah diakui bahawa penerbitan laporan kajian perlu mendapat kebenaran dari ahli jawatankuasa kajian.



    v. Kebolehpercayaan Dan Kesahan Kajian Tindakan(Realibility And Validity)


    -kredibiliti dan kesahan dalam penyelidkan sains sosial konvebsional adalah diibaratkan sebagai azimat dalam penyelidikan. Di dunia ini, terdapat maklumat yang mengeliirukan, pekerja-pekerja ini cuba mencari tingkahlaku yang sesuai dengan metodologi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul atau wujud.

  • - Kredibiliti dan kesahan ini penting untuk memahami syarat-syarat seseorang itu percaya maksud-maksud dalam membina kajian tindakan.

  • - Terdapat dua jenis pengentahuan yang berbeza yang boleh dipercayai iaitu yang pertama ialah terdapat pengentahuan yang merupakan kredibiliti dalaman yang menjana kumpulan tersebut. Manakala jenis kredibiliti yang kedua pula ialah yang melibatkan pertimbangan luar/lahiriah merupakan pengentahuan yang mampu menyakinkan orang yang meyertai dalam keputusan penyelidikan/ kajian boleh dipercayai.
  • Terdapat dua jenis kandungan kesahan iaitu:
    1) Kesahan Item( item validity): merujuk sama ada item ujian revelen dengan pengukuran kandungan bidang berkenaan
    2) kesahan persampelan: merujuk kepada sejauhmana sample ujian merangkumi jumlah kandungan bidang diuji.Contoh: satu ujian untuk menguji pengentahuan dalam fakta-fakta biologi mempunyai kesahan itenm yang baik jika semua item berkaitan dengan biologi tetapi kesahan persampelan lemah jika soalan tidak merangkumi semua kandungan biologi.(www.scribd.com/doc/13628666/kesahan-dan-kebolehpercayaan-dalam-penyelidikan

6) Penilaian keseluruhan terhadap buku ini

Kebaikan:
1) Kebaikan buku ini ialah pengalaman penulis dalam melakukan penyelidikan dan banyak menceritakan mengenai kajian tindakan sains sosial, teknik-teknik yang dilakukannya, bentuk-bentuk kerja yang dilakukan dan pelbagai startegi yang digunakan dalam melakukan kajian tindakan.
2) Ia juga ada menyatakan mengenai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang penyelidik kajian
3) Dalam buku ini banyak menyatakan mengenai kajian sains dan juga kepelbagaian kajian tindakan.

Kelemahan:
1) Dalam buku ini tidak mengandungi maklumat tentang pengumpulan dan penganalisisan data, dan ia juga tidak menyatakan instrumen kajian, teknik pengumpulan dan penganalisisan data yang diperlukan dan juga tidak mengandungi etika kajian tindakan ( research ethnis). Terdapat kesukaran untuk memahami ayat dalam buku ini.













Saturday, May 9, 2009

KULIAH 3 ( PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN)

KULIAH 3:
PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep perubahan dalam pendidikan
Menurut Oliver (1996) dalam Buku Management Of Educational Change menyatakan bahawa perubahan didapati lebih mengambarkan cirri-ciri pendidikan berbanding kestabilan.

Jenis Perubahan
Menurut Dessler (1995), terdapat empat jenis perubahan:
1. Perubahan Ke arah peningkatan
2. Perubahan strategi organisasi
3. Perubahan Reaktif
4. Perubahan akibat jangkaan.

Perubahan itu Multidimensi
Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan.
Terdapat 6 jenis dimensi yang perlu difahami iaitu:
1. Tujuan Perubahan
- Perubahan yang dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu
- Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem.
2. Unit Perubahan
- Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang
- Terdiri daripada individu, kumpulan/pasukan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan komuniti.
3. Sifat Perubahan
- Daft (1998) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit kecil yang lebih besar ( peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil ( peringkat individu)
- Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkahlaku atau kedua-duanya sekali.
4. Magnitud Perubahan
- Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan dilaksanakan
5. Skop Perubahan
- Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrument penilaian.
6. Jangkamasa Perubahan
- Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang member kesan berkekalan merupakan perubahan yang Berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang member kesan sementara.

MODEL-MODEL PERUBAHAN
Terdapat empat jenis model perubahan iaitu:
1. Model Penggabungan Roger
2. Model Kanter
3. Model Rand
4. Model Acot

AKTIVITI:
KERJA KUMPULAN
Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

8 sebab:
1. Perubahan dilakukan secara drastik.
2. Lebih selesa dengan malan yang sedia ada atau berada dalam zon yang selesa.
3. Perubahan yang dilakukan tidak menunjukkan penambahbaikan.
4. Perubahan tidak menunjukkan matlamat/ objektif yang jelas.
5. Perubahan yang dilakukan tidak rasional dengan akal fikiran.
6. Perubahan yang dilakukan disebabkan oleh pihak tertentu dan bukannya kerelaan hati.
7. Tidak berani menanggung risiko untuk melakukan perubahan.
8. Perubahan yang dilakukan adalah bertukar-tukar dan tiodak konsisten.


Cara Penyelesaian:
1. Perubahan mestilah dilakukan secara berperingkat-peringkat.
2. Perubahan yang dibuat mestilah dengan kerelaan hati dan persepakatan dalam organisasi.
3. Perlu menetapkan matlamat yang jelas sebelum melakukan sesuatu perubahan.
4. Perubahan yang dibuat hendaklah mengikut keadaan atau isu semasa.
5. Mesti berani menanggung risiko dan tetap pendirian untuk melakukan perubahan.
6. Berfikiran terbuka untuk menerima perubahan.
7. Perlu menentukan jangka masa tertentu sehingga mencapai objektif yang ditetapkan sebelum melakukan sesuatu perubahan yang baru.

Thursday, April 30, 2009

KULIAH 2 ( REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN)

KULIAH 2:
Dalam proses melakukan kajian tindakan, terdapat reka bentuk yang terdiri daripada:
1) Plan(merancang)
2) Act (bertindak)
3) Observe ( memerhati)
4) Reflect ( membuat refleksi)
reflect
reflect
observe
Act
plan



Dalam satu gelungan atau kitaran ini, seseorang pengkaji akan cuba menangani permasalahan yang dihadapi dengan mengambil kira langkah-langkah berikut. Segala permasalahan megambil kira aspek merancang, bertindak, memerhati dan kemudian membuat refleksi. Sekiranya permasalahan tidak terdapat perubahan, kitaran tersebut perlu diulang-ulang atau mencuba lagi sehingga ia mencapai objektif atau kejayaan. Kitaran ini perlu dilakukan secara berterusan untuk melihat keberkesanan kajian. Kajian ini dilakukan berurutan dalam bentuk gelungan sehingga masalah yang dihadapi mencapai penambahbaikan dan dapat diatasi.

AKTIVITI 1:
Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru
Masalah yang dihadapi:
· Perasaan malu yang timbul dalam diri. Malu untuk tampil ke hadapan dan menyuarakan pendapat.
· Kurang yakin dengan kemampuan dan kebolehan diri sendiri
· Timbulnya perasaan takut. Contohnya, sewaktu melakukan night camp yang bagi saya, satu yang amat menakutkan dalam keadaan gelap dan berda dalam hutan. Saya selalu terbayangkan sesuatu yang bukan-bukan seperti terdapat binatang-binatang seperti ular, pacat, kala jengking dan lain-lain.
· Kurang menepati masa
· Kurang sikap kepimpinan dalam diri.

PENAMBAHBAIKAN
· Perlu mengurangkan perasaan malu iaitu hendaklah malu pada tempatnya.
· Perlu berfikiran positif bahawa setiapa permasalahan terdapat jalan penyelesaiannya.
· Perlu memberanikan diri berucap atau berada dikhlayak ramai/ awam.
· Memotivasikan diri bahawa saya boleh melakukan. Sekiranya orang lain boleh melakukan, kenapa saya tidak boleh melakukan. Ia memberi saya kekuatan dalam menyahut cabaran yang diberi.
MATLAMAT (UMUM)
· Membentuk sakhsiah guru yang cemerlang dan versetail.
· Menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
· Memupuk semangat setiakawan/ kooperatif dalam kumpulan.
· Membentuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri.

OBJEKTIF:
· Memperbaiki kelemahan diri dan mencari kekuatan disebalik kelemahan.
· Membina dan menguji ketahanan mental dan fizikal.
· Membina peribadi guru yang baik dan berkesan.
· Memberikan penekanan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PELAN TINDAKAN:
Langkah-langkah yang perlu diambil:
1. Mengenalpasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi atau kelemahan diri.
2. Membuat perancangan apa yang perlu diperbaiki. Mencari kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam diri.
3. Mengambil tindakan apa yang perlu dilakukan. Contohnya perlu muhasabah diri untuk mencari hikmah dan jalan penyelesaian. Ia juga boleh dilakukan dengan bertanya kepada orang lain seperti rakan karib, orang yang boleh dipercayai dan sebagainya.
4. Membuat refleksi diri sendiri sama ada terdapat penambaikan atau perubahan daripada masalah yang dihadapi.

Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data?
1. Saya akan membuat satu kaji selidik untuk diri saya untuk diedarkan kepada rakan-rakan atau orang yang mengenali saya
2. Mereka membuat penilaian ke atas diri saya sama ada dari segi kekuatan dan kelemahan yang dapat dilihat dalam diri saya.
3. Kemudian saya membuat analisis dari borang kaji selidik yang telah saya buat.
4. Saya membincangkan dapatan kajian yang saya perolehi dan mengambil kira implikasi kajian.
5. Daripada data tersebut, saya dapat mengentahui kekuatan dan kelemahan diri saya serta saya perlu memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri serta mencari inisiatif bagi permasalahan yang dihadapi.
6. Saya membuat laporan tentang kajian yang telah saya lakukan sama ada ia mencapai objektif atau matlamat yang hendak dicapai dan adakah ia mengalami penambahbaikan atau berlaku perubahan kepada yang lebih baik.
Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan?
Saya akan sentiasa membuat nota di dinding apa yang perlu dilakukan dan juga meletakkan kata-kata motivasi yang boleh mendorong ke arah yang lenih baik. Selain itu, sokongan ibu bapa dan orang sekeliling yang memberi kekuatan dalam diri saya.

Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai objektif?
Apa yang perlu saya lakukan ialah saya mestilah istiqamah terhadapa apa yang saya lakukan. Saya mestilah mempunyai keazaman yang tinggi untuk merubah kelemahan yang terdapat dalam diri saya. Saya juga perlu menetapkan target tertentu supaya apa yang dirancang mencapai objektif atau matlamat dan saya juga mendapat kepuasan hasil usha yang telah sya lakukan untuk melihat perubahan ke arah positif. Saya juga membuat tindak balas daripada kajian yang dibuat.





AKTIVITI 2:
· Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama ( satu kumpulan terdiri daripada 3 orang: lantik ketua, pembentang, pencatat)
· Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar- refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk. Cadangkan 1 strategi/ kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.
Masalah:
Kelemahan pelajar dalam penguasaan tulisan dan bacaan jawi.

Penambahbaikan:
v Murid dapat membaca tulisan jawi dengan betul dan lancer.
v Murid dapat menulis tulisan jawi dengan betul.
v Murid boleh membaca tanpa menggunakan baris.
v Murid boleh mengaplikasikan tulisan jawi dalam proses pembelajaran dan kehidupan seharian.
Strategi/kaedah pengajaran:
v Kaedah simulasi
v Langgan dan baca suratkhabar/artikel tulisan jawi.
v Mencari dan mengumpul artikel dalam tulisan jawi. Contohnya: cikgu pilih secara rawak, pelajar baca tulisan jawi.
v Guru Pendidikan Islam mengguanak teknik tulisan jawi dalam pembelajaran.
v Murid membuat nota dalam tulisan jawi.
v Guru dan murid mereka pantun dan sajak dalam tulisan jawi.
v Memberi imbuhan/ ganjaran kepada pelajar yang Berjaya menguasai tulisan jawi dengan baik.