Saturday, May 9, 2009

KULIAH 3 ( PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN)

KULIAH 3:
PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep perubahan dalam pendidikan
Menurut Oliver (1996) dalam Buku Management Of Educational Change menyatakan bahawa perubahan didapati lebih mengambarkan cirri-ciri pendidikan berbanding kestabilan.

Jenis Perubahan
Menurut Dessler (1995), terdapat empat jenis perubahan:
1. Perubahan Ke arah peningkatan
2. Perubahan strategi organisasi
3. Perubahan Reaktif
4. Perubahan akibat jangkaan.

Perubahan itu Multidimensi
Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan.
Terdapat 6 jenis dimensi yang perlu difahami iaitu:
1. Tujuan Perubahan
- Perubahan yang dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu
- Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem.
2. Unit Perubahan
- Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang
- Terdiri daripada individu, kumpulan/pasukan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan komuniti.
3. Sifat Perubahan
- Daft (1998) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit kecil yang lebih besar ( peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil ( peringkat individu)
- Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkahlaku atau kedua-duanya sekali.
4. Magnitud Perubahan
- Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan dilaksanakan
5. Skop Perubahan
- Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrument penilaian.
6. Jangkamasa Perubahan
- Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang member kesan berkekalan merupakan perubahan yang Berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang member kesan sementara.

MODEL-MODEL PERUBAHAN
Terdapat empat jenis model perubahan iaitu:
1. Model Penggabungan Roger
2. Model Kanter
3. Model Rand
4. Model Acot

AKTIVITI:
KERJA KUMPULAN
Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

8 sebab:
1. Perubahan dilakukan secara drastik.
2. Lebih selesa dengan malan yang sedia ada atau berada dalam zon yang selesa.
3. Perubahan yang dilakukan tidak menunjukkan penambahbaikan.
4. Perubahan tidak menunjukkan matlamat/ objektif yang jelas.
5. Perubahan yang dilakukan tidak rasional dengan akal fikiran.
6. Perubahan yang dilakukan disebabkan oleh pihak tertentu dan bukannya kerelaan hati.
7. Tidak berani menanggung risiko untuk melakukan perubahan.
8. Perubahan yang dilakukan adalah bertukar-tukar dan tiodak konsisten.


Cara Penyelesaian:
1. Perubahan mestilah dilakukan secara berperingkat-peringkat.
2. Perubahan yang dibuat mestilah dengan kerelaan hati dan persepakatan dalam organisasi.
3. Perlu menetapkan matlamat yang jelas sebelum melakukan sesuatu perubahan.
4. Perubahan yang dibuat hendaklah mengikut keadaan atau isu semasa.
5. Mesti berani menanggung risiko dan tetap pendirian untuk melakukan perubahan.
6. Berfikiran terbuka untuk menerima perubahan.
7. Perlu menentukan jangka masa tertentu sehingga mencapai objektif yang ditetapkan sebelum melakukan sesuatu perubahan yang baru.

No comments:

Post a Comment