Kajian Kepustakaan
-Sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku jurnal, artikel seminar dan laporan dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan. Ia memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.
Membandingkan Dan Membezakan
-Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan criteria seperti cirri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek/ peristiwa.
-Kemahiran ini digunakan apabila:
a) Terdapat dua atau lebih ciri/kemungkinan
b) Membuat pilihan atau keputusan
-Langkah penggunaan:
a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel,seting,prosedur,pengumpulan dan penganalisisan data)
b) Kenal pasti cirri kajian tindakan itu.
Menganalisis
-Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep/peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
-Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian serta mengenali prinsip yang terlibat.
-Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa cirri kemahiran berfikir.
Menilai
-Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti/dalil yang sah.
-Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
a) Memilih sesuatu
b) Menerima atau menolak sesuatu idea
Membuat keputusan
-Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
-Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu dan lain-lain.
Mensintesis
-Menggabungkan idea,unsur,item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan,esei, lukisan dan artifak.
Printable Lego Man Coloring Page
3 years ago
SELAMAT HARI GURU
ReplyDeleteSelamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar