Wednesday, May 13, 2009


















Nama pengarang: Davydd J. Greenwood, Morten Levin


Tahun terbitan: 2007


Tajuk Buku: Introduction to Action Research 2nd Edition, Social Research For


Social Change.


Negeri Penerbitan: New Delhi, India

Nama Penerbit: Sage Publications



ULASAN BUKU:



Buku ini mempunyai empat bahagian yang di dalam setiap bahagian mempunyai topik-topik kecil. Bahagian pertama mengania apa itu kajian tindakan manakala bahagian kedua pula ialah sains, epistemologi dan latihan dalam kajian tindakan. Bahagian 3 pula mengenai kepelbagaian dalam kajian tindakan praxis(liberating human Potential) dan bahagian 4 pula ialah kajian tindakan, pendidikan tinggi dan demokrasi. Buku ini sesuai untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan secara terperinci.



1. Konsep Kajian Tindakan

- Kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan sosial dalam satu kumpulan yang melibatkan penyelidik kajian professional dan juga anggota organisasi, komuniti atau rangkaian kerja yang mana ianya memperbaiki situasi sosial dan melakukan penambahbaikan amalan kerja bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
- Dalam buku ini juga menyatakan bahawa penyelidik profesional dan pemegang saham mentakrifkan bahawa kajian tindakan ialah masalah perlu dikenalpasti, mencari releven tentang pengetahuan mereka, belajar dan melaksanakan teknik penyelidikan sosial, mengambil tindakan dan mentafsirkan hasil tindakan berdasarkan apa yang telah mereka pelajari.
- Kajian tindakan ini melibatkan latihan akademik konvesional yang mana mereka cuba mempelajari masalah sosial tanpa cuba menyelesaikan permasalahan mereka dan ianya hanya menggunakan amalan yang telah sedia ada.
-Ia juga melibatkan proses merancang,bertindak,memerhati dan kemudiannya membuat refleksi mengikut kitaran supaya berlaku proses poenambahbaikan dalam pemyelidikan.

2. Mengapa Guru Perlu Membuat Kajian Tindakan

- Guru perlu membuat kajian tindakan adalah untuk mengelakkan amalan kerja yang sama yang tidak mempunyai penambahbaikan dan ianya perlu untuk meningkatkan kefahaman, pengentahuan dan pengalaman professional guru.
- Ianya perlu untuk mencapai matlamat-matlamat yang berkaitan dengan pendidikan.
- Guru mendapat faedah sekiranya melaksanakan kajian tindakan iaitu mendapat maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran dan pembelajaran, keadaan sosial yang berlaku sekeliling dan sebagainya.
- Untuk mencapai objektif yang diinginkan, mereka perlu memahami,mengubah dan memperbaiki amalan kendiri dengan melakukan kajian tindakan.
- Merapatkan hubungan guru yang terlibat melalui semangat kooperatif dan kolaborasi.
Menurut buku ini menyatakan bahawa pengalaman dengan pelajar universiti dan pekerja mahir menemukan mereka dengan sesuatu subjek dalam pertama kali. Pada pengalaman penyelidik ini mengatakan bahawa pelajar dan dan pekerja novis umumnya kurang mengimbangi cara belajar mengenai pelbagai punca permasalahan,teori, metod, motif dan juga berlakunya masalah pergaulan dengan rakan sejawat dalam bidang yang dikatakan agak sukar. Inilah dikatakan kenapa kajian tindakan itu penting kerana ia boleh menambahbaikkan apa yang kurang untuk mencapai amalan kerja yang lebih baik.

Menurut buku ini lagi, Kajian tindakan boleh didapati dalam agensi perkhidmatan sosial, badan bukan kerajaan, agensi pembangunan antarabangsa, jabatan perancangan, komunikasi, perkhidmatan sosial dan lain-lain lagi. Mereka mahu pembaca memahami apa yang perlu diikuti dan perlu dibuat bukannya displin kaji selidik yang dibuat. Ianya adalah untuk merubah demokratik sosial yang membawa perubahan yang baik. Tujuannya juga adalah untuk meningkatkan abiliti keterlibatan dalam komuniti yang sesuai dengan persekitaran.

3. Reka Bentuk Kajian Tindakan

1) Model














Ini merupakan model yang dipanggil” The Cogenerative Action Research Model”. Menurut model ini, Kajian tindakan boleh dikatakan sebagai satu proses yang mengandungi sekurang-kurangnya dua analisis yang mempuntai fasa yang berbeza-beza. Yang pertama melibatkan penjelasan satu soalan kajian awal manakala yang kedua pulan adalah melibatkan permulaan dan kesinambungan satu perubahan sosial juga proses pembinaan makna. Ini tidak bermakna bahawa proses menentukan permasalahan tidak pernah mempunyai pengakhiran tetapi ia sebenarnya merupakan petanda yang baik yang dilakukan dalam proses pembelajaran dalam kajian tindakan iaitu apabila soalan-soalan yang dibentuk mengandungi penemuan dimensi baru.

Model ini mengenalpasti dua kumpulan manusia yang utama iaitu “orang dalam” merupakan fokus utama dalam setiap kajian tindakan. Mereka ialah “empunya diri” yang bermasalah tetapi mereka bukan homogen, egalitarian ataupun apa-apa kumpulan yang unggul manakala “orang-orang luar” pula ialah para penyelidik yang professional adalah mereka yang memudahkan proses dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah dan memberi sumbangan kepada wacana saintifik.” Orang dalam” hidup secara lansung dengan sebarang perubahan keputusan dalan kajian tindakan ini manakala “orang luar” pula boleh meninggalkan atau membiarkan sahaja keputusan tersebut. Perbezaan lain lagi ialah orang dalam mempunyai pengaruh apa focus yang patut dilakukan dalam aktiviti penyelidikan.

2) Sampel/ Participant
- Para pelajar Universiti dan juga Pekerja mahir

3) Seting Kajian
-Universiti,sekolah tinggi,bilik darjah
-Tempat: Western Norway,

4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Pada pandangan mereka,terdapat enam elemen utama yang mesti wujud jika proses berkumpulan dijalankan. Antaranya ialah:

1) mencipta satu sejarah yang dikongsi dan membiarkan setiap peserta memahami bagaimana dunia dilihat mempunyai kelompok-kelompok peserta lain.

2) mencipta satu visi yang dikongsi tentang apakah masa depan yang cerah atau penyelesaian dengan memfokuskan masalah kumpulan.
3) mencipta satu pandangan apa kemungkinan yang akan terjadi pada masa depan sekiranya tiada tindakan diambil dan ianya dilaksnakan bagi masa depan yang lebih cerah.
4) mengenal pasti rancangan tindakan untuk mengenalpasti fokus masalah.
5) mencipta satu proses pengutamaan yang kolektif di mana para peserta memilih di antara rancangan tindakan alternatif.
6) kegiatan perubahan konkrit dan penstrukturan proses lanjutan yang bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat dalam pembelajaran.

antara prosedur lain ialah:

a) Apa yang perlu dilihat sebagai permasalahan kajian?

b) Apa bukti yang akan dikumpul untuk ditunjukkan berdasarkan masalah yang dikaji?

c) Apa yang akan dilihat sebagai penyelesaian?

d) Bagaimana untuk membuat penilaian berdasarkan hasil yang diperolehi?e) Apa tindakan yang perlu diambil?

f) refleksi untuk mengetahui sama ada kajian yang dilakukan mencapai matlamat atau sebaliknya.


5) PEMGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

i. Instrumen Kajian
ii. Teknik Pengumpulan Data
iii. Teknik Penganalisisan Data
iv. Etika kajian tindakan

  • Dalam buku ini, tidak terdapat etika kajian tindakan

  • Menurut buku yang ditulis oleh Alis Bin Puteh iaitu kajian tindakan di sekolah,definisi, proses dan cabaran mengatakan bahawa contoh etika kajian tindakan ialah:
    -Adalah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa kajian bahawa mana-mana bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identity ahli-ahli jawatankuasa kajiam kecuali dengan kebenaran.
    -Adalah dipersetujui bahawa pelajar-pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identity dan kerahsian bukti dan data yang telah dipungut dari mereka.
    - Adalah diakui bahawa penerbitan laporan kajian perlu mendapat kebenaran dari ahli jawatankuasa kajian.



    v. Kebolehpercayaan Dan Kesahan Kajian Tindakan(Realibility And Validity)


    -kredibiliti dan kesahan dalam penyelidkan sains sosial konvebsional adalah diibaratkan sebagai azimat dalam penyelidikan. Di dunia ini, terdapat maklumat yang mengeliirukan, pekerja-pekerja ini cuba mencari tingkahlaku yang sesuai dengan metodologi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul atau wujud.

  • - Kredibiliti dan kesahan ini penting untuk memahami syarat-syarat seseorang itu percaya maksud-maksud dalam membina kajian tindakan.

  • - Terdapat dua jenis pengentahuan yang berbeza yang boleh dipercayai iaitu yang pertama ialah terdapat pengentahuan yang merupakan kredibiliti dalaman yang menjana kumpulan tersebut. Manakala jenis kredibiliti yang kedua pula ialah yang melibatkan pertimbangan luar/lahiriah merupakan pengentahuan yang mampu menyakinkan orang yang meyertai dalam keputusan penyelidikan/ kajian boleh dipercayai.
  • Terdapat dua jenis kandungan kesahan iaitu:
    1) Kesahan Item( item validity): merujuk sama ada item ujian revelen dengan pengukuran kandungan bidang berkenaan
    2) kesahan persampelan: merujuk kepada sejauhmana sample ujian merangkumi jumlah kandungan bidang diuji.Contoh: satu ujian untuk menguji pengentahuan dalam fakta-fakta biologi mempunyai kesahan itenm yang baik jika semua item berkaitan dengan biologi tetapi kesahan persampelan lemah jika soalan tidak merangkumi semua kandungan biologi.(www.scribd.com/doc/13628666/kesahan-dan-kebolehpercayaan-dalam-penyelidikan

6) Penilaian keseluruhan terhadap buku ini

Kebaikan:
1) Kebaikan buku ini ialah pengalaman penulis dalam melakukan penyelidikan dan banyak menceritakan mengenai kajian tindakan sains sosial, teknik-teknik yang dilakukannya, bentuk-bentuk kerja yang dilakukan dan pelbagai startegi yang digunakan dalam melakukan kajian tindakan.
2) Ia juga ada menyatakan mengenai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang penyelidik kajian
3) Dalam buku ini banyak menyatakan mengenai kajian sains dan juga kepelbagaian kajian tindakan.

Kelemahan:
1) Dalam buku ini tidak mengandungi maklumat tentang pengumpulan dan penganalisisan data, dan ia juga tidak menyatakan instrumen kajian, teknik pengumpulan dan penganalisisan data yang diperlukan dan juga tidak mengandungi etika kajian tindakan ( research ethnis). Terdapat kesukaran untuk memahami ayat dalam buku ini.













No comments:

Post a Comment