Sunday, May 31, 2009

kuliah minggu ke-6

Aktiviti 1

Jawab soalan-soalan yang diberi di atas kertas A4:

Nama dan No Matrik
Major/Minor DPLI
Alamat
Status

Mengapa ingin menjadi cikgu?
Guru yang paling disukai dan kenapa?
Guru yang paling dibenci dan kenapa?
Apakah tugas guru? (berkongsi pengetahuan dengan pelajar)
Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir

Aktiviti 2

Kami diarahkan untuk mencari pasangan dan membuat satu tugasan kerja serta bentangkannya dihadapan kelas mengenai mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban.

Tajuk : Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK) dari persepsi ibu bapa : satu evaluasi eksistensi SABK.
Pembentang : Azharuddin Sahil Selari 1B Sri Merbau
Masa : 11.30-11.50am

Aktiviti 3

Kami perlu membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar berlainan bangsa dan pengkhususan.Seterusnya kami perlu memikirkan satu tajuk proposal serta membuatnya dengan lengkap.Tarikh hantar: 28 / 6 / 2009

Ahli Kumpulan:

TENGKU MOHD HAMDAN BIN TENGKU IBRAHIM P48679
SITI SARA BINTI ABDUL RAHMAN P48633
SITI FATIMAH BINTI ARIFFIN P48612
ZAINUN BINTI YASSIN P48719
NURHUDA BINTI YAZID P48570


]Tajuk yang dipilih: Meningkatkan minat dan kefahaman pelajar melalui pengajaran & pembelajaran luar bilik darjah (zoo) bagi subjek Biologi (spesies terancam).

Tujuan:
Meningkatkan minat pelajar untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran topik ini seterusnya menambahbaik prestasi pelajar dalam subjek biologi (spesies terancam).

Penyataan masalah:
1. Pembelajaran biologi (spesies terancam) dalam bilik darjah kurang menarik minat pelajar sekiranya dijalankan dengan teknik kuliah.
2. Suasana bilik darjah yang kurang kondusif, terlalu biasa dan mengehadkan aktiviti pembelajaran secara aktif
3. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran Biologi yang dikatakan membosankan

Objektif:
1. Setiap pelajar boleh berkongsi pendapat/idea/pandangan berkaitan topik spesies terancam dalam subjek Biologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Pelajar dapat memberi penyelesaian terhadap permasalahan yang ditimbulkan dalam topik tersebut.
3. Pelajar boleh mengolah semula dan menyampaikan isi pengajaran bagi topik ini



Metodologi kajian:

Kitaran 1:

Merancang
- Mengetahui pandangan pelajar mengenai topik tersebut.
- Guru mengenalpasti kelemahan guru dalam pengajaran subjek tersebut.
- Guru mengenalpasti kelemahan alat bantu mengajar bagi topik ini.
- Guru mengenalpasti kelebihan dan kelemahan bilik darjah sebagai tempat pembelajaran.

Bertindak dan Pemerhatian
- Memberikan borang soal selidik kepada pelajar
- Membuat refleksi kendiri terhadap cara pengajaran.
- Melakukan temubual, soalselidik, penilaian sendiri mengenai ABM tersebut.
- Soal selidik, temubual kepada pelajar, soal selidik, temubual kepada guru-guru, penilaian terhadap bilik darjah.

Merefleks
- Data maklumat pemerhatian dianalisis dan masalah utama dikenalpasti
- Maklumat refleksi dikongsi bersama guru-guru lain dalam mesyuarat kemudian meminta pandangan, cadangan atau masalah baru daripada guru-guru.

Kitaran 2:

Merancang
- Menentukan apa yang hendak dilakukan terhadap permasalahan hasil refleksi kitaran 1. Menyenaraikan tindakan-tindakan yang hendak dilakukan seperti tempat, masa, isi kandungan pengajaran ,aktiviti semasa proses P&P.

Bertindak dan pemerhatian
- Menjalankan tindakan-tindakan yang dirancang.
- Menyediakan rancangan pengajaran

Mereflek
- Guru berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan(bagaimana menjalankan tindakan-tindakan/P&P di luar bilik darjah)
- Menilai dan memperbaiki Rancangan Pengajaran




Kitaran 3:

Merancang
- Guru melaksanakan rancangan pengajaran dalam P & P pada masa yang ditentukan.

Bertindak dan pemerhatian
- Guru melaksanakan Rancangan Pengajaran, membuat pemerhatian terhadap tindakbalas pelajar( mengumpul maklumat)

Mereflek
- Guru menganalisis dan menilai hasil pemerhatian.
- Merancang aktiviti tindakan seterusnya.

Catatan:
- Kitaran 1 dan 2 hanya melibatkan proses persediaan, manakala kitaran 3 dan seterusnya adalah melibatkan pelaksanaan pengajaran.
-

Kepentingan Kajian:


- Kajian ini amat penting untuk menangani masalah mengenai kaedah dan suasana pembelajaran yang kurang menarik.
- Mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran subjek Biologi yang dianggap kurang menarik.
- Hasil pembelajaran boleh dikongsi bersama guru-guru yang mengajar subjek yang lain.
- Meningkatkan motivasi dan ekstem kendiri guru dan pelajar.
- Memperkasakan guru Biologi di sekolah.

No comments:

Post a Comment